TIPS MEMBELI BELAH DI PASAR SITI KHADIJAH
Pasar Siti Khadijah tempat wajib dilawati di Kota Bharu Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat. Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur. Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan. Pasar Siti Khadijah dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini. Tingkat bawah Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk se...
Comments
Post a Comment