TIPS MEMBELI BELAH DI PASAR SITI KHADIJAH
Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.
Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan.
Pasar Siti Khadijah dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang. Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini.
Tingkat bawah
Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat.
Bagi pengunjung yang belum pernah merasai beras keluaran Thailand, boleh dapatkan di sini. Beras jenama Burung Serindit daripada Thailand antara beras yang paling sedap dan tersohor yang sentiasa menjadi beras pilihan penduduk Kelantan. Malah jauh menandingi beras keluaran tempatan.
Sebelum anda membeli beras ini, dinasihatkan menyuruh pekedai menimbangnya semula kerana bagi mengelakkan tersilap timbangan berat (kg) walaupun harga sama. Beras serindit wajib dibeli sebelum pulang.
Jika anda terlepas peluang membelinya di sini, anda boleh mendapatkannya juga di Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh. Perbezaan harga beras di pasar ini antara RM3-RM5 lebih mahal dari Rantau Panjang.

Beras siam yang dijual di Pasar Siti Khadijah

Suasana di tingkat bawah yang menjual barangan basah
Tingkat 1
Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan kering seperti keropok segera, dodol, serunding daging, kerepek, pelbagai jenis keropok, makanan segera, pelbagai kuih muih, alatan memasak, barangan plastik, rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur.
Keropok yang sedap dan terlaris pada masa ini adalah keropok cap ikan mas, keropok cap ikan parang, keropok sira cap juara dan keropok segera cap dua tambang. Kualiti keropok juga berbeza antara satu sama lain.
Dari segi harga, semua pengeluar meletakkan harga yang sama. Yang berbeza hanya rasa sahaja. Makanan kering yang ingin dibeli sangat dicadangkan untuk dibeli secara borong kerana anda akan mendapat harga yang lebih murah.
Pastikan makanan kering yang dibeli tampak segar dan masih baru supaya rasanya tidak terjejas.
Selain itu, anda juga boleh mencuba kuih muih Kelantan pelbagai jenis yang dijual seperti akok, tepung pelita, puteri mandi, badak berendam, tahi itik dan banyak lagi. Mesti cuba!! Kalau tidak kempunan pulak jadinya.
Untuk membeli barang makanan seperti keropok, kuih muih sangat disarankan dibeli disini. Beli secara borong untuk rakan sepejabat, saudara mara dan sahabat handai. Anda akan mendapat harga yang istimewa jika dibeli secara borong dan jangan lupa untuk tawar menawar.
Suasana di TIngkat 1 Pasar Siti Khadijah

Pelbagai jenis keropok dijual

Keropok sira cap juara antara yang terlaris
Tingkat 2
Di tingkat inilah terdapatnya barangan batik, songket, tudung bawal, kain ela, kain sarung, kain pelikat, kain sembahyang, blouse, T-shirt, kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, peralatan dapur, bunga, pasu, barang kaca, barang kemas, alat solek, pewarna tikar, barang sulaman tudung dan permainan kanak-kanak.
Di sini antara syurga membeli belah bagi kaum wanita. Dari segi harganya pula bagi, ia tidaklah murah. Malah ada sesetengah kedai yang menjual dengan harga yang agak mahal juga.
Kelebihan di Pasar Siti Khadijah adalah terdapat pelbagai pilihan jenis tudung dan kain, lebih banyak dari tempat lain. Anda bolehlah survey terlebih dahulu harga-harga yang ditawarkan di sini. Jika hendak membeli di tingkat 2 ini, disarankan mesti pandai mencari kedai yang benar-benar dapat memberi harga yang istimewa.
Mesti survey dan tawar betul-betul sebelum membelinya, dan cari peniaga yang ramah sahaja. Peniaga yang ramah dan melayan anda dengan baik lebih mudah untuk ditawar. Pembeli senang, peniaga pun senang.

Pelbagai jenis kain dan tudung membuatkan kaum wanita rambang mata

Pelbagi jenis periuk belanga boleh dipilih
Jangan lokek untuk tawar menawar, cari peniaga yang ramah untuk memudahkan tawar menawar dilakukan
Makan di Pasar Siti Khadijah
Jika penat membeli belah dan ronda-ronda pasar, boleh ke tingkat satu dimana terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan serta juadah dan kuih muih negeri Kelantan yang istimewa.
Tidak perlu bersusah payah mengintai kedai makan yang lain. Mencuba hidangan makanan di sini sudah cukup membuatkan anda puas.
Tidak lengkap jika anda berkunjung ke sini tanpa singgah menjamu selera di medan selera Tingkat 1 Pasar Siti Khadijah ini. Jangan lepaskan peluang!

Menjamu selera di tingkat 1 selepas penat membeli belah
Cuba menu popular dari kalangan penduduk tempatan seperti nasi/mee sup perut, laksa/laksam kelantan, mee celup, ayam percik, nasi berlauk, nasi campur dan lain-lain.
Selain itu, menu ‘mewah’ seperti udang galah besar, ayam percik dan ayam panggang juga boleh didapati.
Dari segi harganya tidak perlu risau, kerana kebanyakan kedai telah meletakkan harganya di kedai masing-masing. Semuanya berpatutan.
Purata harga menu di sini antara RM2 – RM5 untuk satu menu. Contohnya nasi sup perut berharga RM4.50 dan mee sup perut RM3.50. Terdapat banyak kedai yang menjual menu yang sama.

Ruang makan yang mengekalkan ciri-ciri ‘old school’
Kemudahan Masjid
Bagi yang beragama Islam, kemudahan masjid yang selesa juga disediakan di sebelah luar pasar. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Barqah sangat disyorkan untuk menunaikan solat. Kemudahan tandas juga selesa.
Tidak perlu susah mencari tempat solat, hanya disebelah Pasar Siti Khadijah sahaja

Bahagian luar Pasar Siti Khadijah

Gerai diluar Pasar Siti Khadijah juga banyak menjual buah-buahan dan makanan kering

Pasar Siti Khadijah – Pasar yang mesti dilawati apabila bercuti di Kelantan
Tips di Pasar Siti Khadijah
Kepada yang pertama kali datang ke sini dan belum pernah menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah, sangat disyorkan untuk membeli belah di pasar ini. Hanya untuk merasai suasana dan persekitaran pasar yang menjadi kebanggaan dan simbol Negeri Kelantan.Perbezaan harga barangan di sini dengan di tempat lain seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor tidak jauh bezanya.Barangan yang disyorkan dibeli adalah beras, pelbagai jenis keropok, serunding daging, kuih muih dan pelbagai makanan kering serta tudung.Jika menginap di Kota Bharu, dicadangkan mengunjungi pasar ini pada hari terakhir selepas check-out atau sebelum pulang.
p.s credit Editor CutiKelantan
Pasar Khatijah atau mana2 kawasan bandar Kota Bharu kekurangan tempat parking (yg selesa) sahaja, jika tidak, salah letak kereta pasti kena saman/clamp ;(.
ReplyDeletePasar besar ini kalau hari cuti perayaan atau sekolah memang meriah! Banyak2kan bersabar untuk bawa kenderaan di kawasan2 sekitarnya yea...
Thanks share...
COD Chef
Mahal makan udang besar.. RM40 seekor. Nak makan tanya dulu harga.. jangan order dulu.. karang rabak poket..
ReplyDeleteboleh share tips bergambar jugak ke kat pasar siti khadijah ni hehe
ReplyDelete▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.
ReplyDeletePada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
-------------------------------
▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.
▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.
Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
-------------------------------
▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.
Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
------------------------------
▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
------------------------------
Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :
En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570